Salam ramadhan buat sume yg masih sudi menjengah fp den ni haa...
Syukur alhamdulilah kita masih dpt bertemu dgn ramadhan sekali lagi...
den nak paparkan koleksi sendiri atau untuk rujukan sendiri.
Biskut2 raya yg den penah buat.
Resepi akan menyusul kemudian...hehehe
:-D
Cara-caranya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang (sebati sahaja,jangan terlampau kembang seprti buat kek).
Masukkan telur,esen vanilla,dan akhir sekali bahan-bahan kering yang lain.
Canai dan terap acuan.
Hias dengan kuning telur
dan tabur badam cincang atau letak sehiris badam.
Bakar dengan suhu 180C selama 35 minit.
Biskut Green Princess
sumber : majalah saji sept'07
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum
bahan hiasan :
coklat masakan putih
*saya tambah ngan gula hiasan
Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.
Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan